DRAF RT 2035

Penyertaan adalah hak anda sebagai rakyat di Selangor.

Di bawah Agenda 21 Kerajaan Selangor, kerjasama antara Kerajaan dan Rakyat sangat ditekankan. Adalah tanggungjawab dan hak anda sebagai seorang rakyat Selangor untuk menyertai perbincangan mengenai RT2035 dengan menyuarakan keperluan anda dan jiran-jiran kami kepada Kerajaan Selangor untuk membina masa hadapan yang lestari buat kita bersama.


Apakah Rancangan Tempatan 2035?

Rancangan Tempatan (RT) adalah satu pernyataan bertulis yang mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan sepertimana yang digariskan dalam Subseksyen 12(3), Akta 172.

Ianya menerangkan dengan lebih terperinci segala dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum untuk pemajuan dan penggunaan tanah serta menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

Rancangan Tempatan juga menerangkan secara terperici segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) berhubung dengan aktiviti pemajuan dan penggunaan tanah.

Secara simpulan, Rancangan Tempatan menetapkan gunatanah dan jenis pembangunan yang akan mempengaruhi kehidupan harian di tempat tinggal, berkerja dan bermain atau berekreasi kita semua.

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar Selangor


Sertai RT2035 sekarang

Kami kini berada di fasa akhir Draf RT 2035 (Penggantian)

Bermula hari Isnin 30hb Mei 2022 hingga 29hb Jun 2022, Laporan penuh DRAF RANCANGAN TEMPATAN MPAJ 2035 (RT 2035) Penggantian bagi RT 2020 (Pengubahan 2 (2016)) dibuka untuk pemeriksaan orang ramai.


Cara Memeriksa Deraf

Terbuka kepada orang ramai untuk diperiksa atas talian dan di pelbagai lokasi yang ditetapkan oleh MPAJ.

Berikut ialah senarai lokasi di mana anda boleh memeriksa laporan penuh cadangan Draf Rancangan Tempatan RT 2035 (pada tarikh bertulis dari 10 pagi hingga 4 petang setiap hari):-

  1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya : 30 Mei 2022 - 29 Jun 2022

  2. PLANMalaysia@Selangor: 30 Mei 2022 - 29 Jun 2022

  3. Lotus's Ampang : 1 - 3 Jun 2022 dan 27- 29 Jun 2022

  4. Ampang Point Shopping Centre : 7 - 10 Jun 2022

  5. Melawati Mall : 13 - 17 Jun 2022

  6. AEON Big Ampang : 20 - 24 Jun 2022

Untuk maklumat mengenai perkara di atas layari pautan Facebook: Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi atau laman web MPAJ.


Maklumat Penting Mengenai Draf

Draf RT2035 dibahagikan kepada tiga bahagian:-

  • Jilid 1  - Penyataan Bertulis dan Peta Cadangan / Strategi 

  • Jilid 2 - Kawalan Perancangan

  • Jilid 3 - Pengurusan dan Pelaksanaan

Laporan penuh MPAJ Draf RT 2035 dibuka agar kita berpeluang membuat bantahan atau pernyataan untuk:

  1. Pengezonan gunatanah

  2. Kandungan terperinci mengenai perancangan dan jenis pembangunan di kawasan tempat tinggal dan/atau premis perniagaan kita

yang sedia ada dalam Draf tersebut.

Sila periksa Draf dengan teliti dan *serahkan bantahan atau representasi anda terhadap kandungan draf selewat-lewatnya pada 29 Jun 2022.

Ini adalah hak anda sebagai rakyat dan pihak berkepentingan Mukim Ampang Jaya.

Penyertaan anda dan pertimbangan teliti Jawatankuasa Perancangan Negeri akan menghasilkan kandungan, termasuk konfigurasi pelan pengezonan, muktamad Rancangan Tempatan.

PlanMalaysia@Selangor, Lembaga Rayuan Selangor
*penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia

*Sila pastikan anda menyimpan rekod bantahan yang dikemukakan kepada MPAJ. Ambil gambar borang bantahan yang diisi atau untuk tangkapan skrin penyerahan dalam talian setiap halaman Borang Google yang diserahkan.


Jika anda ingin mengemukakan cadangan kepada pihak MPAJ secara langsung melalui emel, anda boleh menghubungi:

Puan Zuraina Binti Said, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPAJ

zuraina@mpaj.gov.my


Sila Ambil Maklum

  • Laporan penuh Draf Rancangan Tempatan 2035 telah dimuatnaikkan oleh MPAJ pada malam Selasa 13 Julai 2022.

  • Setakat 1 Jun, laporan penuh Draf RT2035 masih belum dimuat naik ke pautan tapak web mereka. Mereka masih belum menjawab pertanyaan pihak berkepentingan sama ada laporan penuh Draf akan disediakan dalam talian.

  • Ahli AJ Rimba telah pergi melawat Bangunan MPAJ untuk melihat laporan penuh yang dipamerkan. Harap maklum bahawa apa yang dipaparkan pada papan bukanlah laporan penuh. Minta pegawai yang menjaga gerai pameran untuk mendapatkan salinan terikat laporan penuh (Jilid 1, 2 dan 3) Draf RT2035.


Surat-Surat Bukti Perhubungan Dengan MPAJ

SUMBER

  • Akta 172: Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

PORTAL RASMI MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

MPAJ

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (SELANGOR)

PLANMalaysia@SELANGOR