DRAF RANCANGAN TEMPATAN 2035

Apakah Rancangan Tempatan 2035?

Rancangan Tempatan (RT) adalah satu pernyataan bertulis yang mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan sepertimana yang digariskan dalam Subseksyen 12(3), Akta 172.

Ianya menerangkan dengan lebih terperinci segala dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum untuk pemajuan dan penggunaan tanah serta menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur Negeri kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

Rancangan Tempatan juga menerangkan secara terperici segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) berhubung dengan aktiviti pemajuan dan penggunaan tanah.

Secara simpulan, Rancangan Tempatan menetapkan gunatanah dan jenis pembangunan yang akan mempengaruhi kehidupan harian di tempat tinggal, bekerja, bermain dan beriadah kita semua.

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar Selangor


Rancangan Tempatan Anda

Sebagai orang berkepentingan dan warga Ampang Jaya, menjaminkan masa depan anda di sini melalui penggubalan draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (RT MPAJ 2035) adalah hak dan juga tanggungjawab anda.

"RT melalui proses perundingan penyediaannya berfungsi sebagai perjanjian kontrak mengenai penggunaan semua dalam kawasan rancangan antara Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan warga tempatan dan pemilik tanah. Selain daripada RT sebagai panduan untuk pembangunan, ia juga adalah asas tadbir urus berdemokrasi dan melindungi hak rakyat."

- (Sumber: Rancangan Fizikal Negara)


Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035 didapati berkurangan dari segi asasnya.

Ini melemahkan kredibiliti rancangan tempatan dan mengurangkan kuasanya untuk melindungi kita.

Keadaan ini akan mengurangkan peluang bagi penduduk dan pemilik tanah untuk mendapatkan penyelesaian secara perundangan jika ada hal berkaitan gunatanah, had gunatanah, pembangunan, permit menjalankan perniagaan/eco-tourism yang tertakluk dalam RT di bawa ke tribunal Negeri dan/atau mahkamah undang-undang. (Contohnya: kes mahkamah yang mengguna RT; pembangunan di kawasan cerun di Sg. Ara, Pulau Pinang; Taman Rimba Kiara, KL)


Garis Masa

2021

  • 5 Februari 2021: AJ Rimba menghubungi MPAJ mengenai penyertaan dan perundingan pemegang taruh bagi Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035

  • 15 Februari 2021 - 9 April 2021: AJ Rimba melancarkan kempen untuk memaklumkan para pemegang taruh di Ampang Jaya bahawa Rancangan Tempatan (Penggantian 2) akan digantikan, proses merangka Draf Rancagan Tempatan MPAJ 2035 akan bermula, dan penyertaan pemegang taruh dalam proses ini amat penting untuk menentukan masa depan Ampang Jaya.
    AJ Rimba telah menyediakan senarai cadangan terhadap Draf RT MPAJ 2035 di Google Forms, yang boleh diserahkan oleh pemegang taruh secara langsung kepada MPAJ. Cadangan-cadangan yang diserahkan adalah untuk pertimbangan MPAJ dan untuk dimasukkan oleh pihak perancang bebas lantikan MPAJ dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035. 

  • 15 April 2021: AJ Rimba menyerahkan ringkasan cadangan dan maklumbalas yang dikumpulkan kepada YDP MPAJ, Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim

    • Lebih daripada 600 borang cadangan dikumpulkan daripada masyarakat Ampang Jaya

    • Sejumlah 84 cadangan disusun oleh AJ Rimba, disertakan dengan jumlah penyokong, diserahkan kepada MPAJ

    • Sejumlah 653 cadangan tambahan yang dikemukakan oleh warga Ampang Jaya turut diserahkan kepada pihak MPAJ

    • Senarai penuh cadangan sini.

2022

  • 7 Mac 2022: AJ Rimba menyerahkan cadangan untuk Rancangan Kawasan Khas kepada YDP MPAJ Tuan Mohd Fauzi. AJ Rimba tidak menerima sebarang balasan daripada pihak MPAJ. Surat boleh dibaca sini.

  • 15 Mac 2022: Cadangan untuk Rancangan Kawasan Khas diserahkan kepada Ketua Pengarah PLANMalaysia, YBrs. TPr. Dri Alias bin Rameli.

  • 14 April 2022: Balasan diterima daripada PLANMalaysia, dan pihak MPAJ dan PLANMalaysia Selangor turut disalinkan dalam balasan mereka.

  • 14 June 2022: Aduan diserahkan kepada Ketua Pengarah PLANMalaysia, YBrs. TPr. Dri Alias bin Rameli, mengenai ketidaksempurnaan asas dalam prosedur penyediaan Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035.

    • Kepincangan ini bercanggah dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 dan Manual Rancangan Tempatan (Edisi 2020).

    • Setiasausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan PLANMalaysia Selangor turut disalinkan dalam aduan tersebut.

  • 30 Mei 2022 - 13 Julai 2022: Program Publisiti dan Penyertaan Awak dalam Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (Penggantian)

    • Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035 dipamerkan kepada orang awam untuk diperiksa bagi tujuan penyertaan dan perundingan awam. Program ini diuar-uarkan melalui Lawan Web MPAJ dan Facebook MPAJ.

    • Ahli AJ Rimba telah pergi melawat Bangunan MPAJ untuk melihat laporan penuh yang dipamerkan. Apa yang dipaparkan pada papan bukan laporan penuh. Ahli AJ Rimba terpaksa meminta pegawai yang menjaga gerai pameran untuk mendapatkan salinan terikat laporan penuh (Jilid 1, 2 dan 3) Draf RT MPAJ 2035.

    • Setelah aduan oleh pihak AJ Rimba dikemukakan kepada pihak PLANMalaysia Selangor, laporan penuh dimuatnaik kepada laman web oleh pihak Jabatan Perancagan MPAJ pada 14hb Jun 2022, dua minggu selepas mulanya program publisiti dan penyertaan awam.

    • Laporan penuh draf tersebut telahpun ditanggalkan daripada laman web MPAJ.

    • Senarai bantahan dan cadangan yang diserahkan oleh AJ Rimba kepada MPAJ sini.

  • 20 & 22 September 2022: Sesi pendengaran diadakan untuk bantahan umum terhadap Draf RT MPAJ 2035

    • Bantahan didengar oleh Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran

    • Warga Ampang Jaya memohon di sesi pendengaran tersebut supaya sebarang pemindaan atau pengubahsuaian kepada Draft RT MPAJ 2035 diuar-uarkan kepada orang awam dan/atau kepada mereka yang telah membuat bantahan, dan untuk dirunding semula. Langkah ini sebelum Jawatankuasa Perancangan Negeri menyerahkan draf akhir kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk diwartakan.

    • Pendengaran telah diminitkan, dan segala bantahan dan cadangan oleh warga Ampang Jaya telah diakui terima.

    • Sebanyak 2,588 pemegang taruh dari seluruh Ampang Jaya telah menyerahkan bantahan mereka. Daripada jumlah 2,588, lebih kurang 700 pemegang taruh (penduduk individu, Persatuan Penduduk berdaftar, wakil penduduk dari jalan/taman perumahan) telah menyerahkan Senarai Bantahan yang disediakan oleh AJ Rimba (ditambah dengan bantahan mereka sendiri) kepada pihak MPAJ.

    • Pihak AJ Rimba juga menerangkan asas bantahan yang dikemukakan, yang berdasarkan fakta, serta telah kemukakan cadangan/penyelesaian kepada beberapa bantahan yang dikemukakan terhadap isi kandungan draf tersebut.

  • 4 Oktober 2022: Sesi pendengaran diadakan untuk bantahan terhadap cadangan infrastruktur dalam Draf RT MPAJ 2035

    • AJ Rimba menekan semula kekhuatiran warga Ampang Jaya mengenai kekurangan asas dalam Draf Rancangan Tempatan.

    • AJ Rimba terus mengemukakan kekhuatiran dan bantahan mengenai cadangan infrastruktur dalam Draf Rancangan Tempatan (Cadangan pembangunan infrastruktur: MRT3 dan KL NODE).

  • 3 November 2022: Aduan diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Haris bin Kasim, mengenai isu-isu asas perbantahan proses penyediaan Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035. Ketua Pengarah dan Tanggung Kerja Ketua Pengarah PLANMalaysia Selangor turut disalinkan dalam e-mel aduan tersebut.

2023

  • 3 Februari 2023: AJ Rimba menghantar e-mel kepada MPAJ untuk bertanyakan status Draf Rancangan Tempatan 2035 dengan menyatakan bahawa tiada sebarang bentuk maklum balas rasmi diterima selama enam (6) bulan sejak pendengaran semua representasi (bantahan/cadangan) AJ Rimba.


    Emel dimuatnaik sini.

  • 2 Mac 2023: Jawatankuasa Perancang Negeri meluluskan Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035.

    Nota. AJ Rimba tidak dimaklumkan walaupun menghantar beberapa pertanyaan rasmi kepada MPAJ.

  • 31 Mac 2023: Pengarah Perancangan MPAJ membalas e-mel AJ Rimba (03 Feb 2023) yang menyatakan;

    “Mesyuarat JKSTP yang diadakan telah bersetuju memberi maklum balas keputusan kepada penduduk yang telah menghadiri perbicaraan selepas Draf RT dibawa ke Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) nanti.

  • 28 November 2023: AJ Rimba menghantar e-mel kepada YDP Dr. Ani (yang dilantik pada Januari 2023) untuk bertanyakan status DRT MPAJ 2035 dan juga memaklumkan penyertaan AJ Rimba Collective sebagai pihak berkepentingan sepanjang proses penggubalan.

2024

  • 11 Januari 2024: AJ Rimba Collective menghantar emel kedua kepada YDP Dr. Ani tentang status DRT, yang masih belum di maklum balas.

  • 22 Februari 2024: Emel telah dihantar, kepada Pengarah JPBD Selangor (TPr. Tuan Kamarulzaman bin Ibrahim) untuk bertanyakan status DRT MPAJ 2035.

  • 27 Februari 2024: JPBD Selangor menjawab AJ Rimba memaklumkan Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) telah meluluskan DRT MPAJ 2035 (Penggantian) selepas mendapat perakuan daripada Jawatankuasa Pendengaran dan Siasatan (JKSTP). MPAJ akan segera menaikkan Draf yang telah dimuktamadkan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk pewartaannya.

  • 3 Mei 2024: MPAJ Planning menganjurkan pertemuan dengan AJ Rimba dan TrEES (NGO) untuk memaklumkan keputusan JKSTP berhubung bantahan terhadap draf tersebut. AJ Rimba membangkitkan empat kebimbangan utama mengenai kelemahan asas yang terdapat dalam draf yang telah disyorkan oleh JKSTP dan diluluskan oleh SPC:

    a. Peta Kawasan Sensitif Alam Sekitar tidak disertakan dalam draf.

    b. Pembangunan berintensiti tinggi di seluruh AJ yang akan membolehkan nisbah plot meningkat (pekeliling oleh Negeri pada Februari 2023) untuk pembangunan baharu.

    c. Cadangan penjajaran KL NODE; dan jajaran MRT3 dan stesennya. Negeri tidak menjalankan SIA dan tidak meluluskan kedua-dua rancangan yang telah dimuktamadkan.

    d. Pengesahan proses pengezonan penukaran guna tanah Kawasan Lapang kepada Kediaman bagi lot tanah yang diperuntukkan sebagai Ruang Lapang/Ruang Hijau untuk pelan induk Taman Tun Abdul Razak.

    Meminta MPAJ menangguhkan pewartaan DRT MPAJ 2035 dan menyelesaikan kebimbangan yang sah ini terlebih dahulu.

  • 13 Mei 2024: AJ Rimba menghantar e-mel kepada pengarah perancangan MPAJ (Pn. Zuraina Said) untuk mengulangi perkara-perkara yang dibuat pada mesyuarat pada 3 Mei 2024 untuk tindakan MPAJ. AJ Rimba meminta kenaikan Draf tersebut untuk pewartaan ditangguhkan.

    Yang Di Pertua (YDP) MPAJ, Pengarah JPBD Selangor dan Ketua Pengarah PLAN Malaysia turut disalin ke dalam emel tersebut.

    Pada masa ini menyediakan maklumat garis masa ini (5 November 2024), AJ Rimba Collective BELUM menerima sebarang maklum balas dan pengesahan rasmi mengenai isu-isu yang dikemukakan berkaitan DRT MPAJ 2035 (Penggantian).



Maklumat Penting

  • Rancangan Tempatan (RT) yang diwartakan adalah dokumen berkanun.

  • Rancangan Tempatan dan penggubalannya mesti mematuhi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan mengikuti Manual Rancangan Tempatan yang ditetapkan oleh PLANMalaysia.

  • RT hendaklah dalam isi kandungannya yang paling terperinci (bagi setiap 'blok perancangan kecil' dalam 'blok perancangan' di daerah/mukim) di antara tiga dokumen perancangan berkanun dalam susunan kekuasaannya.

  • Dokumen Perancangan mengikut susunan kekuasaan:

  1. Rancangan Fizikal Negara

  2. Rancangan Struktur Negeri

  3. Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas

  • Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035 dibahagikan kepada 3 bahagian:

  1. Jilid 1 - Penyataan Bertulis dan Peta Cadangan / Strategi

  2. Jilid 2 - Kawalan Perancangan

  3. Jilid 3 - Pengurusan dan Pelaksanaan


Surat-Surat Bukti Perhubungan Dengan MPAJ

SUMBER

  • Akta 172: Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

  • Agenda 21, United Nations Conference on Environment & Development 1992 (versi Bahasa Inggeris sahaja)

PORTAL RASMI MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

MPAJ

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (SELANGOR)

PLANMalaysia@SELANGOR