KISAH ORANG AMPANG JAYA

Apakah masalah yang dihadapi masyarakat Ampang Jaya?

Lumrah kehidupan setiap penduduk di Ampang Jaya jauh berbeza, tetapi setiap warga mengetahui bahawa keindahan alam sekitar yang dinikmati di sini adalah keistimewaan Ampang Jaya.

Ikuti kisah mereka dalam tayangan kami.


Siva dan Sharmila

En. Siva dan Pn. Sharmila berpindah ke Ampang Jaya 16 tahun yang lalu kerana terpegun dengan keindahan alam sekitar di sini.

Kini, mereka giat menyertai usaha-usaha untuk membantu komuniti Ampang Jaya melindungi alam sekitar.

Inilah kisah mereka.

 

Tayangan Perdana pada 8AM, 19 Februari 2021

Ng Choon Yeam

Saudara Richard merupakan seorang peniaga dan tiang masyarakat Ampang Jaya, dengan perusahaan keluarga beliau yang beroperasi sejak tahun 1970-an.

Dengarlah pengalaman beliau.

 

Tayangan Perdana pada 8AM, 20 Februari 2021

Tunas Harapan

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Kenali empat rakan sekolah Nicole, Izzaty, Anusha dan Anis yang menjadi barisan hadapan dalam membentuk masa depan Ampang Jaya.

 

Tayangan Perdana 8AM, 21 Februari 2021

Bukit Antarabangsa Trekkers

Puan Yap dan En. Surinder memulakan sekumpulan jiran yang aktif memantau keadaan lereng bukit di Bukit Antarabangsa.

Hayatilah kisah mereka.

 

Tayangan Perdana pada 8AM, 25 Februari 2021

Ampang Jaya, Hutan dan Kita

Bagaimanakah hubungan antara masyarakat setempat dengan persekitaran mereka terjalin dan terus terlindung? Apakah pertalian antara manusia dengan alam semulajadi?

Dengarlah pendapat En. Faris Davidson dan Archbishop (Bersara) Datuk Ng.

 

Tayangan Perdana pada 8AM, 28 Februari 2021

Dr. Priyani dan SPCA

Dr Priyani dan rakan-rakan sekerja beliau merupakan penaung dan pembela nasib bagi warga Ampang Jaya yang tiada suara sendiri.

Lihatlah kerja mulia mereka.

 

Tayangan Perdana pada 8AM, 4 Mac 2021

Cerita Orang Ampang Jaya. Cerita kita semua.